( Rasai Kelainan Lain Dari Yang Lain )   alilmitravel


HEADQUARTERS

03 42801906 alilmitravel@gmail.com

No 32-1, Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Isnin-Jumaat : 8.30 Pagi - 5.30 Petang | Sabtu : 9 Pagi - 1 Tengah Hari

KEMBARA ILMU & AMAL

Menjaga waktu solat Jamak & Qasar

Umrah Murah & Dekat, Pelancongan Murah Lagi Berkualiti



FAQ


Soalan Umum

1) Adakah Syarikat Al-ILMI Travel ini mempunyai lesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia?

Jawapan : Ya.Syarikat kami merupakan syarikat yang berdaftar dan berlesen dengan lesen no KPK/LN-7443.

2) Bilakah Al-ILMI Travel ditubuhkan

Jawapan : Al-Ilmi Travel ditubuhkan sejak 2005 lagi.

 

Soalan Berkaitan Dengan Umrah

1) Saya berada diKota Bharu Kelantan. Bolehkah saya mendaftar untuk Pakej Umrah dan bagaimanakah caranya?

Jawapan: Boleh. Anda boleh mendaftar secara online di www.alilmitravel.com atau hubungi wakil/agen kami yang berhampiran(Rujuk di bahagian Hubungi Kami di laman utama)

 

2) Bolehkan saya membawa bayi untuk Umrah dan berapakah harga yang dikenakan untuk bayi?

Jawapan : Boleh. Untuk bayi yang dibawah 2 tahun, pihak kami mengenakan kos sebanyak RM1500(anggaran sahaja dan tertakluk kepada harga tiket penerbangan). Bagi kanak-kanak berumur 2-12 tahun diskaun hanyalah sebanyak RM300 sahaja untuk seorang.

 

3) Adakah pihak Al-Ilmi Travel memberi Beg Pakaian & Kain Ihram?

Jawapan: Buat masa ini pihak Al-Ilmi Travel memberi beg Tarik yang bersaiz sederhana(20 inci) sahaja manakala kain ihram tidak disediakan

 

4) Apakah Nama Hotel di Mekah dan Madinah dan Berapakah jarak hotel tersebut dengan Masjidilharam atau Masjid Nabawi.

Jawapan: Sila rujuk Menu Utama -> Maklumat Am-> Hotel-Hotel

 

5) Saya seorang wanita dan berumur 30 tahun dan belum berkahwin. Adakah boleh saya mengerjakan Umrah tanpa pergi dengan mahram saya?

Jawapan: Tidak boleh, untuk peserta umrah wanita yang bawah 45 tahun mestilah ada mahram.

 

6) Saya telah membeli tiket flight, bolehkan saya membuat visa dan ground arrangement dengan Al-ILMI Travel.

Jawapan : Boleh dengan bersyarat bayaran penuh visa dan ground dijelaskan semasa pendaftaran.

 

7) Saya telah membayar deposit RM500 untuk Pakej Umrah. Bolehkah saya membatalkannya kerana saya ada urusan lain.

- Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut :-

- PERKARA 3.2.1

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minima sebanyak RM30.00 atau 2% dari tambang pelancongan(mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan

- PERKARA 3.2.2

22-44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan : pelucutan deposit pelancongan

15-21 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan : 35% daripada tambang pelancongan

03-07 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan : 50% daripada tambang pelancongan

03-07 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan : 75% daripada tambang pelancongan

01-02 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan :100% daripada tambang pelancongan

Bayaran visa penuh , sekiranya visa telah dibuat Bayaran RM150 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dengan sempurna

 

8) Saya mengambil Pakej penuh dengan Al-Ilmi Travel. Bolehkah saya mengecualikan bayaran untuk makanan?

Jawapan : Boleh. Sila hubungi pejabat Al-Ilmi Travel untuk mendapatkan kos semasa makanan.

 

9) Apakah beza umrah biasa dengan umrah selesa?

Jawapan Beza hanya jarak hotel di Mekah & jenis penerbangan.