Perjalanan Keretapi dari KL Sentral ke Bangkok

Keretapi Dari Kl Sentral Ke Bangkok

Keretapi dari KL Sentral ke Bangkok

Menaiki kereta api ke Bangkok menjadi lebih menarik sekarang, terutamanya sejak pembukaan stesen kereta api moden Bangkok Selatan yang baru dibuka pada tahun 2021, yang dikenali sebagai Stesen Keretapi Bang Bamru. Stesen Bang Bamru disesuaikan bagi tujuan mengendalikan tren dari arah selatan dan terletak 18km dari stesen utama Bangkok iaitu Terminal Sentral Krung Thep Aphiwat. Stesen Sentral Bangkok itu merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara, ia mempunyai 26 platform kereta api yang digunakan untuk perjalanan kereta api jarak jauh ke destinasi antarabangsa dan juga antara bandar di Thailand.

 

Pramugari Menjual Makanan Di Atas Tren
Pramugari Menjual Makanan Di Atas Tren. Makanan dan minuman di jual di atas keretapi. Tapi pilih-pilih lah yang tidak haram.

Keretapi dari KL Sentral ke Padang Besar

Perjalanan dengan kereta api antara Malaysia dan Bangkok merupakan pilihan yang agak menarik pada bajet yang lebih rendah berbanding dengan menaiki penerbangan, tetapi ia memerlukan masa yang agak lama iaitu sehari semalam untuk sampai ke Bangkok dari KL Sentral. Bagi yang rasa ingin untuk menikmati pengalaman menaiki keretapi di Thailand, semestinya ini adalah pilihan yang lebih baik.

Tren Ets Kl Sentral Ke Padang Besar
Tren Ets Kl Sentral Ke Padang Besar

Rangkaian kereta api utama Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM), ialah laluan kereta api elektrik iaitu ETS yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk perjalanan antara bandar dan tempatan. KTM ETS menyediakan perkhidmatan sampai ke sempadan Padang Besar, dimana anda boleh terus menyeberangi sempadan dengan memasuki kompleks imigresen dan seterus menaiki keretapi untuk ke Bangkok dari Padang Besar.

Tren Padang Besar Ke Bangkok Koc Tempat Tidor
Tren Padang Besar Ke Bangkok Koc Tempat Tidor


Keretapi dari Padang Besar ke Bangkok

Sebaik sahaja anda tiba di stesen Padang Besar, passport anda perlu dicop keluar dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Imigresen dan ke Thailand, sebelum menaiki kereta api kedua yang menuju ke Bangkok.

Tren Ke Bangkok Sleeper Coach Tempat Duduk Waktu Siang
Tren Ke Bangkok Sleeper Coach Tempat Duduk Waktu Siang

Kereta api semalaman dari Padang Besar ke Bangkok adalah perjalanan yang panjang melebihi 18 jam. Satu-satunya kereta api yang menuju ke Terminal Sentral Krung Thep Aphiwat di Bangkok ialah Kereta Api No. 46, yang berlepas pada pukul 5 petang dan sampai ke Bangkok pada pukul 11 ​​pagi keesokan harinya, atau 10 pagi dalam waktu Thai. Dari Padang Besar, keretapi akan ke stesen Hatyai

Adalah lebih baik untuk menempah tiket untuk laluan ini lebih awal, tetapi anda juga boleh membelinya di pejabat tiket di stesen kereta api. Tambang untuk tiket berkisar antara 868 THB hingga 958 THB, bergantung pada tempat duduk anda. Walaubagaimanapun anda dinasihati menempah tiket tempat tidur (Class Sleeper AC) untuk keselesaan anda yang berada dalam tren selama 18 jam.

 

 

Di bawah ialah perjalanan keretapi dan stesen yang dilalui dari Padang Besar ke Bangkok.

No. Stesen Ketibaan Berlepas
1 Padang Besar – 17:00
2 Khlong Ngae 17:23 17:24
3 Hat Yai Junction 17:46 18:05
4 Bang Kaeo 18:53 18:54
5 Phatthalung 19:16 19:18
6 Cha-uat 19:58 19:59
7 Thung Song Junction 20:52 21:02
8 Surat Thani 22:47 22:50
9 Khuan Hin Mui 00:18 00:22
10 Khao Suan Thurian 00:35 00:39
11 Chumphon 01:17 01:27
12 Bang Saphan Yai 02:50 02:51
13 Prachuap Khiri Khan 03:53 03:54
14 Wang Phong 04:52 04:53
15 Hua Hin 05:12 05:17
16 Phetchaburi 06:10 06:13
17 Rachaburi 06:56 06:59
18 Ban Pong 07:28 07:29
19 Nakhon Pathom 07:50 08:00
20 Sala Ya 08:28 08:29
21 Bang Bamru 08:51 08:52
22 Krung Thep Aphiwat 09:05  

 

Traveria Logo R3
Konsortium yang mewarnai perjalanan agensi pelancongan. Ribuan tawaran hebat Pakej Pelancongan, semestinya ada yang memenuhi impian anda

Categories:

,

One response to “Perjalanan Keretapi dari KL Sentral ke Bangkok”

  1. A WordPress Commenter Avatar

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *