Trip Korea Winter Sonata 5H4M Februari 2017
Seoul, kota yang sentiasa sibuk, tidak kira musim. Di musim dingin ia berubah menjadi kota kayangan dengan jalan yang dihiasi lampu seumpama kalungan bintang. Salji memutih menutupi kawasan bukit dan pergunungan termasuk pohon-pohon pine, semestinya mempersembahkan satu pemandangan yang cukup indah bagi kita orang Malaysia yang tidak biasa dengan pemandangan musim dingin sebegini.
Walaupun saya sebelum ini telah beberapa kali ke Kota Seoul, Korea Trip kali ini adalah agak berbeza apabila saya bukan sahaja bertugas sebagai Tour Leader Al- Ilmi Travel and Tours, tetapi bersama saya kali ini ialah kedua-dua isteri saya, anak-anak dan ibu mertua.
Hari Pertama – Sekitar Istana Geyongbok dan Perkampongan Tradisi Hanok.
Kami tiba di Airport Seoul (KIX) dengan menaiki Air Asia menjelang pagi. Kami terus dibawa ke trick eye museum,yang merupakan satu museum yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menipu mata kita. Di sini kita boleh bergambar dengan karya seni yang telah direka untuk kelihatan seperti asli dalam bentuk 3 dimensi. Di bawah ialah contoh-contoh gambar yang diambil di museum.






Kemudiannya kami dibawa untuk makan tengahari dan solat jamak zohor dan asar di restoran tersebut. Selepas itu kami melawat Istana Gyongbok yang merupakan istana diraja pertama dan terbesar yang dibina semasa Dinasti Joseon. Ia telah dibina pada tahun 1395, ianya merupakan mercu tanda paling ikonik yang melambangkan sejarah dan kedaulatan diraja Korea.
Kemudian kami terus dibawa melawat ke National Folk Museum yang terletak di dalam perkarangan Istana Gyeongbok. Ia memaparkan sejarah, budaya, dan kehidupan harian rakyat Korea secara tradisional, dengan lebih 90,000 artifak yang merangkumi aktiviti pertanian, kraf tradisional, pakaian, dan ritual bermusim. Kemudiannya kami ke Traditional Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional di Korea Selatan yang terdiri daripada Hanok (rumah kayu tradisional Korea) yang dikekalkan seni binanya sejak zaman Dinasti Joseon (1392–1910). Perkampungan ini berfungsi sebagai muzium hidup atau kawasan kediaman yang mempamerkan warisan budaya dan sejarah Korea.









Akhirnya menjelang senja kami berjalan mendaki bukit ke Menara Seoul. Pemandangan indah Seoul di waktu senja dapat kami lihat dari atas bukit ini. Seterusnya kami dibawa untuk makan malam sebelum dibawa ke hotel untuk checkin dan bermalam di Kota Seoul.
Hari kedua – Memakai Hanbok dan ke Taman Tema Everland.
Kami mulakan hari ke dua dengan melawat pusat Ginseng dan Kosmetik Korea sebelum ke Sekolah Kim-Chi. Di situ kami belajar bagaimana membuat Kim-Chi, merupakan sayur yang diperam dan bagus untuk dimakan bagi mereka yang memerlukan tambahan probiotik untuk masuk ke badan. Di situ juga kami diperkenalkan dengan pakaian tradisi Korea : Han-bok. Kami dibenarkan untuk memakai dan bergaya untuk bergambar. Menjelang tengahari selepas makan kami dibawa ke taman tema Everland. Kami habiskan masa di situ sehingga ke malam, sebelum dibawa ke restoran untuk makan malam dan terus ke hotel untuk tidor.






bersambung ….






