Pilihan Pakej Private – Kemana Destinasi Anda ?
Melancong atau Umrah dengan Pakej Berkumpulan selalunya pelanggan akan dapat harga yang terbaik dan atas faktor risiko pula ianya akan kurang berisiko apabila anda hanya perlu membuat pilihan destinasi dan juga tarikh dari senarai tarikh-tarikh dan itinerari yang telah ditetapkan.
Pakej Private Kembara dan Umrah – Klik di sini
Pilihan bagi mereka yang merancang untuk melancong atau menunaikan umrah secara Private ialah apabila mereka inginkan pilihan sendiri iaitu apabila mereka ingin melancong hanya bersama keluarga atau rakan tersendiri. Mereka juga selalunya dibenarkan untuk memilih itinerari dan tarikh yang diingini mengikut kesesuaian kumpulan tersendiri.
Manakala pilihan melancong secara DIY ialah apabila mereka ingin menguruskan segala-galanya dari itinerari, tarikh, membeli tiket dan juga urusan ground di destinasi. Bagi melancong secara DIY, kalau kena cara ianya mungkin boleh menjimatkan kos tetapi risikonya agak tinggi terutama apabila mereka yang membuat perancangan bukanlah orang yang berpengalaman. DIY boleh menjadikan kosnya lebih mahal dari apa yang dibayar oleh pelancong berkumpulan atau private apabila berlaku kesilapan !

Trip Private selalunya merupakan kumpulan yang bersaiz kurang dari 10 orang dan ianya dikenali juga sebagai FIT atau ‘Free Independent Traveller’. Walaubagaimanapun bagi institusi korporat atau keluarga besar, mereka mungkin juga punyai peserta melebihi 10 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat pembelian tiket penerbangan secara FIT bagi kumpulan dibawah 10 dan bagi kumpulan diatas 10, tiket-tiket penerbangan akan dibeli secara GIT iaitu mereka akan membeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Kembara private memerlukan deposit yang lebih besar disebabkan, tiket-tiket perlu dibayar segera.
Trip Private sesuai bagi mereka yang ingin melancong hanya bersama keluarga atau kawan-kawan sendiri sahaja. Melancong Private lebih fleksibel, dimana mereka boleh tentukan itinerari ikut kehendak mereka. Cuma masalah kembara private kumpulan FIT, selalunya kos akan jadi lebih mahal. Untuk kurangkan kos, syarikat Agensi Pelancongan mungkin tidak menghantar ‘Tour Leader’ untuk bersama kumpulan. Manakala Tour Guide di tempat lawatan selalunya adalah juga merupakan pemandu kenderaan yang digunakan semasa berlangsungnya kembara.
Pakej pelancongan Al-Ilmi Travel and Tours hari ini meliputi pelbagai wilayah di seluruh dunia demi memastikan pengembara Muslim mempunyai akses kepada rangkaian pilihan perjalanan yang komprehensif yang memenuhi keperluan agama dan budaya mereka. Kami berbangga dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan bagi memudahkan pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka.
Pakej Private Percutian dan Melancong kami meliputi destinasi ke seluruh dunia seperti Pakej Turki, Pakej Eropah 6 Negara, Pakej Spain-Portugal-Morocco, Pakej Eropah Timur, Pakej Balkan, Pakej Morocco, Pakej Mesir, Pakej Kenya, Pakej Afrika Selatan, Pakej Iran, Pakej Dubai, Pakej India Delhi dan Agra, Pakej Kashmir, Pakej Uzbekistan, Pakej Kazakhstan, Pakej 3 stan, Pakej China Guang Zhou, Xian, Beijing, Pakej Yunnan, Pakej Japan Osaka Tokyo, Pakej Korea, Pakej Australia, Pakej New Zealand dan termasuk juga Pakej ke Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina.
Kesimpulannya, mengembara membawa banyak kebaikan seperti menambah ilmu, mengeratkan hubungan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri. Oleh itu, kita digalakkan untuk mengambil peluang mengembara apabila berkesempatan agar dapat memperkayakan pengalaman hidup.
Pakej Melancong Berkumpulan | Pakej Umrah Berkumpulan | Pakej Melancong dan Umrah Private












