Sonata indah, Korea Trip di Musim Dingin

Korea Trip Winter Sonata 2017

Trip Korea Winter Sonata 5H4M Februari 2017

Seoul, kota yang sentiasa sibuk, tidak kira musim. Di musim dingin ia berubah menjadi kota kayangan dengan jalan yang dihiasi lampu seumpama kalungan bintang. Salji memutih menutupi kawasan bukit dan pergunungan termasuk pohon-pohon pine, semestinya mempersembahkan satu pemandangan yang cukup indah bagi kita orang Malaysia yang tidak biasa dengan pemandangan musim dingin sebegini. Walaupun saya sebelum ini telah beberapa kali ke Kota Seoul, Korea Trip kali ini adalah agak berbeza apabila saya bukan sahaja bertugas sebagai Tour Leader Al- Ilmi Travel and Tours, tetapi bersama saya kali ini ialah kedua-dua isteri saya, anak-anak dan ibu mertua.

Hari Pertama – Sekitar Istana Geyongbok dan Perkampongan Tradisi Hanok.

Kami tiba di Airport Seoul (KIX) dengan menaiki Air Asia menjelang pagi. Kami terus dibawa ke trick eye museum,yang merupakan satu museum yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menipu mata kita. Di sini kita boleh bergambar dengan karya seni yang telah direka untuk kelihatan seperti asli dalam bentuk 3 dimensi. Di bawah ialah contoh-contoh gambar yang diambil di museum.

Seoul Trik Eye Museum 6- Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 5- Korea Trip Al-ilmi
Seoul Trik Eye Museum 4 - Korea Trip Al- ilmi
Seoul Trik Eye Museum 3- Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 2- Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 1- Korea Trip

Kemudiannya kami dibawa untuk makan tengahari dan solat jamak zohor dan asar di restoran tersebut. Selepas itu kami melawat Istana Gyongbok yang merupakan istana diraja pertama dan terbesar yang dibina semasa Dinasti Joseon. Ia telah dibina pada tahun 1395, ianya merupakan mercu tanda paling ikonik yang melambangkan sejarah dan kedaulatan diraja Korea. Kemudian kami terus dibawa melawat ke National Folk Museum yang terletak di dalam perkarangan Istana Gyeongbok. Ia memaparkan sejarah, budaya, dan kehidupan harian rakyat Korea secara tradisional, dengan lebih 90,000 artifak yang merangkumi aktiviti pertanian, kraf tradisional, pakaian, dan ritual bermusim. Kemudiannya kami ke Traditional Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional di Korea Selatan yang terdiri daripada Hanok (rumah kayu tradisional Korea) yang dikekalkan seni binanya sejak zaman Dinasti Joseon (1392–1910). Perkampungan ini berfungsi sebagai muzium hidup atau kawasan kediaman yang mempamerkan warisan budaya dan sejarah Korea.

Di Hadapan Istana Gyongbok Seoul Trip Korea
Di Hadapan Istana Gyongbok Seoul – Korea Trip
Bergambar Bersama Mereka Yang Berpakaian Tradisional Korea Trip Korea
Bergambar Bersama Mereka Yang Berpakaian Tradisional Korea – Korea Trip
Di Dalam National Folk Museum Seoul Trip Korea
Di dalam National Folk Museum Seoul – Korea Trip
Lagi Gambar Di Dalam National Folk Museum Seoul Trip Korea
Lagi gambar di Dalam National Folk Museum Seoul – Korea Trip
Di Hadapan Traditional Hanok Village Seoul Trip Korea
Di hadapan Traditional Hanok Village Seoul – Korea Trip
Traditional Hanok Village Trip Korea
Traditional Hanok Village- Korea Trip
Berjalan masuk ke Gate Seoul Tower Trip Korea
Berjalan masuk ke Gate Seoul Tower- Korea Trip
Bangunan Seoul Tower Trip Korea
Seoul Tower- Korea Trip
Senja Di Atas Bukit Yang Menempatkan Seoul Tower Trip Korea
Senja di atas bukit yang menempatkan Seoul Tower- Korea Trip

Akhirnya menjelang senja kami berjalan mendaki bukit ke Menara Seoul. Pemandangan indah Seoul di waktu senja dapat kami lihat dari atas bukit ini. Seterusnya kami dibawa untuk makan malam sebelum dibawa ke hotel untuk checkin dan bermalam di Kota Seoul.

 

Hari kedua – Memakai Hanbok dan ke Taman Tema Everland.

Kami mulakan hari ke dua dengan melawat pusat Ginseng dan Kosmetik Korea sebelum ke Sekolah Kim-Chi. Di situ kami belajar bagaimana membuat Kim-Chi, merupakan sayur yang diperam dan bagus untuk dimakan bagi mereka yang memerlukan tambahan probiotik untuk masuk ke badan. Di situ juga kami diperkenalkan dengan pakaian tradisi Korea : Han-bok. Kami dibenarkan untuk memakai dan bergaya untuk bergambar. Menjelang tengahari selepas makan kami dibawa ke taman tema Everland. Kami habiskan masa di situ sehingga ke malam, sebelum dibawa ke restoran untuk makan malam dan terus ke hotel untuk tidor.

Di Hadapan Taman Tema Everland Semasa Trip Korea
Di hadapan Taman Tema Everland – Korea Trip
Bergaya Dengan Han Bok Semasa Trip Korea
Bergaya Dengan Han Bok -Korea Trip
Belajar Buat Kim Chi Semasa Trip Korea
Belajar Buat Kim Chi – Korea Trip
Bergambar Bersama Famili Berpakaian Han Bok Korea Trip
Bergambar Bersama Famili Berpakaian Han Bok- Korea Trip
Safari Di Taman Tema Everland Semasa Trip Korea
Safari Di Taman Tema Everland – Korea Trip
Bermain Gelongsor Salji Di Taman Tema Everland Semasa Trip Korea
Bermain Gelongsor Salji Di Taman Tema Everland – Korea Trip
3 Beradik Berpakaian Han Bok Korea Trip
3 Beradik Berpakaian Han Bok Korea Trip
Harimau Di Safari Everland Seoul Korea Trip
Harimau Di Safari Everland Seoul Korea Trip

Hari ketiga – Hari kami dibawa shopping dan ziarah ke Masjid Itaewon.

 

Hari ini kami dibawa ke ruangan pameran barangan perhiasan emas, perak  dan batu permata yang dibuat di Amethyst Factory. Kemudian kami di bawa untuk ziarah Masjid Itaewon. Kawasan persekitaran Itaewon dikelilingi oleh banyak restoran-restoran halal yang diuruskan oleh orang tempatan. Kami makan tengahari di situ. Kemudiannya kami telah dibawa ke Kompleks Beli Belah – Donghua Duty Free Departmental Store dan Dongdaemon market.

Kawasan Yang Dikelilingi Oleh Kompleks Membeli Belah Di Seoul Korea Trip
Kawasan Yang Dikelilingi Oleh Kompleks Membeli Belah Di Seoul – Korea Trip
Di Hadapan Masjid Itaewon Seoul Korea Trip
Di Hadapan Masjid Itaewon Seoul – Korea Trip

Hari keempat – Pyeung Chang Ski Resort dan Nami Island.

 

Pagi-pagi lagi kami dibawa ke Ski Resort untuk belajar bermain Ski. Sewa alatan ski dan pakaian ialah 60,000 Won (RM270) seorang. Selesai belajar main ski, kami ke Nami Island, lokasi penggambaran drama Korea – Winter Sonata.

 

Belajar Ski Di Ski Resort Korea Trip
Belajar Ski Di Ski Resort – Korea Trip
Yang Dewasa Belajar Ski Anak Anak Bermain Salji Korea Trip
Yang Dewasa Belajar Ski Anak Anak Bermain Salji – Korea Trip
Anak Anak Bermain Salji Di Sekitar Ski Resort Korea Trip
Anak Anak Bermain Salji Di Sekitar Ski Resort – Korea Trip
Mereka Bergembira Bermain Salji Korea Trip
Mereka Bergembira Bermain Salji – Korea Trip
Lagi Foto Di Sekitar Ski Resort Korea Trip
Lagi Foto Di Sekitar Ski Resort – Korea Trip
Sabrina Bergambar Dengan Papan Salji Yang Tertulis Nama Dia Korea Trip
Sabrina Bergambar Dengan Papan Salji Yang Tertulis Nama Dia – Korea Trip
Lunch Cara Korea Korea Trip
Lunch Cara Korea- Korea Trip
Membuat Orang Salji Di Nami Island Korea Trip
Membuat Orang Salji Di Nami Island – Korea Trip
Ais Yang Dibentuk Rupa Binatang Ditunggang Oleh Dua Beradik Ini Korea Trip
Ais Yang Dibentuk Rupa Binatang Ditunggang Oleh Dua Beradik Ini – Korea Trip
Asyiknya Menunggang Ais Korea Trip
Asyiknya Menunggang Ais – Korea Trip
Menangis Nak Ikut Mama Dia Panjat Bukit Salji Korea Trip
Menangis Nak Ikut Mama Dia Panjat Bukit Salji – Korea Trip
Penulis Di Spot Popular Winter Sonata Nami Island - Korea Trip
Penulis Di Spot Popular Winter Sonata Nami Island – Korea Trip

Hari kelima – Berangkat pulang, Selamat Tinggal Seoul.

Dari Ski Resort kami terus dibawa ke Incheon Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Selamat Tinggal Seoul, Selamat Tinggal Korea – sesungguhnya Sonata Indah di musim dingin ini, akan kekal tinggal dilipatan memori.

 

Di Airport Bersama Tour Guide Roy Dan Jenie Sebelum Mengucapkan Good Bye Korea Trip
Di Airport Bersama Tour Guide Roy Dan Jenie Sebelum Mengucapkan Good Bye – Korea Trip
Salji Memenuhi Pokok Pine Korea Trip
Salji Memenuhi Pokok Pine- Korea Trip
Traveria Logo R3
Konsortium yang mewarnai perjalanan agensi pelancongan. Ribuan tawaran hebat Pakej Pelancongan, semestinya ada yang memenuhi impian anda

Pakej Melancong Berkumpulan | Pakej Umrah Berkumpulan | Pakej Melancong dan Umrah Private

Tags: