Sonata indah tak dilupakan, Korea Trip di Musim Dingin

Korea Trip Winter Sonata 2017

Trip Korea Winter Sonata 5H4M Februari 2017

Seoul, kota yang sentiasa sibuk, tidak kira musim. Di musim dingin ia berubah menjadi kota kayangan dengan jalan yang dihiasi lampu seumpama kalungan bintang. Salji memutih menutupi kawasan bukit dan pergunungan termasuk pohon-pohon pine, semestinya mempersembahkan satu pemandangan yang cukup indah bagi kita orang Malaysia yang tidak biasa dengan pemandangan musim dingin sebegini.

Walaupun saya sebelum ini telah beberapa kali ke Kota Seoul, Korea Trip kali ini adalah agak berbeza apabila saya bukan sahaja bertugas sebagai Tour Leader Al- Ilmi Travel and Tours, tetapi bersama saya kali ini ialah kedua-dua isteri saya, anak-anak dan ibu mertua.

Hari Pertama – Sekitar Istana Geyongbok dan Perkampongan Tradisi Hanok.

Kami tiba di Airport Seoul (KIX) dengan menaiki Air Asia menjelang pagi. Kami terus dibawa ke trick eye museum,yang merupakan satu museum yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menipu mata kita. Di sini kita boleh bergambar dengan karya seni yang telah direka untuk kelihatan seperti asli dalam bentuk 3 dimensi. Di bawah ialah contoh-contoh gambar yang diambil di museum.

Seoul Trik Eye Museum 1 Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 2 Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 3 Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 4 Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 5 Korea Trip
Seoul Trik Eye Museum 6 Korea Trip

Kemudiannya kami dibawa untuk makan tengahari dan solat jamak zohor dan asar di restoran tersebut. Selepas itu kami melawat Istana Gyongbok yang merupakan istana diraja pertama dan terbesar yang dibina semasa Dinasti Joseon. Ia telah dibina pada tahun 1395, ianya merupakan mercu tanda paling ikonik yang melambangkan sejarah dan kedaulatan diraja Korea.

Kemudian kami terus dibawa melawat ke National Folk Museum yang terletak di dalam perkarangan Istana Gyeongbok. Ia memaparkan sejarah, budaya, dan kehidupan harian rakyat Korea secara tradisional, dengan lebih 90,000 artifak yang merangkumi aktiviti pertanian, kraf tradisional, pakaian, dan ritual bermusim. Kemudiannya kami ke Traditional Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional di Korea Selatan yang terdiri daripada Hanok (rumah kayu tradisional Korea) yang dikekalkan seni binanya sejak zaman Dinasti Joseon (1392–1910). Perkampungan ini berfungsi sebagai muzium hidup atau kawasan kediaman yang mempamerkan warisan budaya dan sejarah Korea.

Di Hadapan Istana Gyongbok Seoul Korea Trip
Di Hadapan Istana Gyongbok
Seoul
Bergambar Bersama Mereka Yang Berpakaian Tradisional Korea Korea Trip
Bergambar Bersama Mereka Yang Berpakaian Tradisional Korea
Di Dalam National Folk Museum Seoul Korea Trip
Di Dalam National Folk Museum Seoul
Lagi Gambar Di Dalam National Folk Museum Seoul semasa Korea Trip
Lagi Gambar Di Dalam National Folk Museum Seoul semasa Trip Korea
Di Hadapan Traditional Hanok Village Seoul semasa Korea Trip
Di Hadapan Traditional Hanok Village Seoul semasa Trip Korea
Senja Di Atas Bukit Yang Menempatkan Seoul Tower Korea Trip
Senja Di Atas Bukit Yang Menempatkan Seoul Tower semasa Trip Korea
Seoul Tower Korea Trip
Di pintu masuk Seoul Tower semasa Trip Korea
Seoul Tower Korea Trip
Seoul Tower semasa Trip Korea
Traditional Hanok Village Korea Trip
Traditional Hanok Village semasa Trip Korea

 

 

 

 

 

 

Akhirnya menjelang senja kami berjalan mendaki bukit ke Menara Seoul. Pemandangan indah Seoul di waktu senja dapat kami lihat dari atas bukit ini. Seterusnya kami dibawa untuk makan malam sebelum dibawa ke hotel untuk checkin dan bermalam di Kota Seoul.

Hari kedua – Memakai Hanbok dan ke Taman Tema Everland.

Kami mulakan hari ke dua dengan melawat pusat Ginseng dan Kosmetik Korea sebelum ke Sekolah Kim-Chi. Di situ kami belajar bagaimana membuat Kim-Chi, merupakan sayur yang diperam dan bagus untuk dimakan bagi mereka yang memerlukan tambahan probiotik untuk masuk ke badan. Di situ juga kami diperkenalkan dengan pakaian tradisi Korea : Han-bok. Kami dibenarkan untuk memakai dan bergaya untuk bergambar. Menjelang tengahari selepas makan kami dibawa ke taman tema Everland. Kami habiskan masa di situ sehingga ke malam, sebelum dibawa ke restoran untuk makan malam dan terus ke hotel untuk tidor.

Di Hadapan Taman Tema Everland Korea Trip
Di Hadapan Taman Tema Everland Semasa Trip Korea
Bergaya Dengan Han Bok Korea Trip
Bergaya Dengan Han Bok Semasa Trip Korea
Belajar Buat Kim Chi Korea Trip
Belajar Buat Kim Chi Semasa Trip Korea
Safari Di Taman Tema Everland Korea Trip
Safari Di Taman Tema Everland Semasa Trip Korea
Bermain Gelongsor Salji Di Taman Tema Everland Korea Trip
Bermain Gelongsor Salji Di Taman Tema Everland Semasa Trip Korea
Hanbok Pakaian Tradisi Korea Korea Trip
Hanbok Pakaian Tradisi Korea semasa Trip Korea

bersambung ….

Tags: