Al-Ilmi Travel and Tours Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2005 di Ampang Selangor, permulaannya sebagai sebuah syarikat yang mengkhusus dalam mengendalikan pakej umrah. Misi kami telah menyaksikan perkembangan yang begitu ketara sejak dari awal pebubuhan. Hari ini, kami merupakan sebuah syarikat peneraju pelancongan halal di Malaysia. Kami juga menawarkan Pakej Pelancongan Muslim ke lebih 100 destinasi di seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tengah, Timur Tengah, Eropah dan Afrika. Perkembangan ini mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan impian perjalanan pelanggan kami.
Hari ini kami telahpun menjadi syarikat yang berdaftar bukan sahaja dengan MOTAC Lesen No: 7443, kami juga berdaftar dengan IATA, Bumitra dan juga PAPUH. Disamping mempunyai 15 buah rangkaian cawangan di seluruh negara, kami juga merupakan ahli utama kepada konsortium Traveria.biz.

Pakej pelancongan kami meliputi pelbagai wilayah di seluruh dunia demi memastikan pengembara Muslim mempunyai akses kepada rangkaian pilihan perjalanan yang komprehensif yang memenuhi keperluan agama dan budaya mereka. Kami berbangga dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan bagi memudahkan pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka.


Leave a Reply