Dasar Pemulangan Bayaran

Refund Policy English Version

Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 , 3.2.2 dan 3.2.3 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
Perkara 3.2.1

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) akan dikenakan seorang.

Perkara 3.2.2
Perkara 3.2.3

Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2(Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindah laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko pelanggan sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidakbertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung)

Caj tambahan, jika perlu:

i) Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat;
ii) Bayaran RM 180.00 seorang sekiranya mana-mana beg pelancongan atau bukupanduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.

Follow kami di Media Sosial

Facebook

Maklumat dan Tawaran terbaru

Instagram

Foto dan Video menarik

Whatsapp

Hubungi Kami Sekarang