Pages2

Trip Berkumpulan – Murah dan Meriah

 Pilihan Pakej Trip Berkumpulan ikut benua ada di link di bawah

Trip berkumpulan sesuai bagi mereka yang ingin mengawal bajet disebabkan kebanyakan dari keperluan perjalanan, ianya telah dimasukan ke dalam itinerari. Bagi Kembara ‘Full Board’ ianya bermaksud, makanan disediakan 3 kali sehari, manakala ‘Half Board’, makanan disediakan 1 hingga 2 kali sehari. Selain dari plan pemakanan yang dinyatakan itu, pelanggan perlu keluarkan belanja sendiri. Satu perkara lagi ialah, berkenaan tiket masuk ke tempat-tempat lawatan yang memerlukan tiket, ada yang telah dimasukan bersama dengan kos pakej dan ada juga yang dinyatakan sebagai pilihan yang bermaksud sekiranya anda ingin memasuki tempat lawatan tersebut anda perlu keluarkan tiket belanja sendiri. Jadi semestinya pelanggan perlu benar-benar meneliti itinerari yang diberikan bagi memastikan keperluan mereka benar-benar telah dipenuhi.

Pakej Kembara Berkumpulan bersama Al-Ilmi Travel & Tours

Melancong atau Umrah dengan Pakej Berkumpulan selalunya pelanggan akan dapat harga yang terbaik dan atas faktor risiko pula ianya akan kurang berisiko apabila anda hanya perlu membuat pilihan destinasi dan juga tarikh dari senarai tarikh-tarikh dan itinerari yang telah ditetapkan.

Pilihan bagi mereka yang merancang untuk melancong  atau menunaikan umrah secara Private ialah  apabila mereka inginkan pilihan sendiri iaitu apabila mereka ingin melancong hanya bersama keluarga atau rakan tersendiri. Mereka juga selalunya dibenarkan untuk memilih itinerari dan tarikh yang diingini mengikut kesesuaian kumpulan tersendiri. Manakala pilihan melancong secara DIY ialah apabila mereka ingin menguruskan segala-galanya dari itinerari, tarikh, membeli tiket dan juga urusan ground di destinasi. Bagi melancong secara DIY, kalau kena cara ianya mungkin boleh menjimatkan kos tetapi risikonya agak tinggi terutama apabila mereka yang membuat perancangan bukanlah orang yang berpengalaman. DIY boleh menjadikan kosnya lebih mahal dari apa yang dibayar oleh pelancong berkumpulan atau private apabila berlaku kesilapan !

Pakej Kembara dan Umrah Private bersama Al-Ilmi Travel & Tours

Melancong berkumpulan merupakan trip berkumpulan yang bersaiz melebihi 20 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat perancangan dimana tiket-tiket penerbangan akan dibeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Dari situ syarikat Agensi pelancongan dapat merancang tarikh-tarikh berlepas yang diingini. Pelanggan pula, hanya perlu membayar deposit yang rendah semasa buat tempahan, manakala bayaran penuh diperlukan 45 hari sebelum tarikh berlepas. Kembara Mengikut Kumpulan selalunya diketuai oleh ‘Tour Leader’ yang dilantik oleh syarikat Agensi pelancongan.

Korea Seoul
Korea Seoul Geongbok Palace

Trip berkumpulan sesuai bagi mereka yang ingin mengawal bajet disebabkan dalam banyak perkara ianya telah dimasukan ke dalam itinerari. Bagi Kembara ‘Full Board’ ianya bermaksud, makanan disediakan 3 kali sehari, manakala ‘Half Board’, makanan disediakan 1 hingga 2 kali sehari. Selain itu pelanggan perlu keluarkan belanja sendiri. Satu lagi, tiket masuk ke tempat-tempat yang memerlukan tiket, ada yang telah dimasukan bersama dengan kos pakej. Manakala ada yang tidak, jadi semestinya pelanggan perlu benar-benar meneliti itinerari yang diberikan.

Pakej pelancongan Al-Ilmi Travel and Tours hari ini meliputi pelbagai wilayah di seluruh dunia demi memastikan pengembara Muslim mempunyai akses kepada rangkaian pilihan perjalanan yang komprehensif yang memenuhi keperluan agama dan budaya mereka. Kami berbangga dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan bagi memudahkan pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka.

Pakej Percutian dan Pakej Melancong Trip Berkumpulan kami meliputi destinasi ke seluruh dunia seperti Pakej Turki, Pakej Eropah 6 Negara, Pakej Spain-Portugal-Morocco, Pakej Eropah Timur, Pakej Balkan, Pakej Morocco, Pakej Mesir, Pakej Kenya, Pakej Afrika Selatan, Pakej Iran, Pakej Dubai, Pakej India Delhi dan Agra, Pakej Kashmir, Pakej Uzbekistan, Pakej Kazakhstan, Pakej 3 stan, Pakej China Guang Zhou, Xian, Beijing, Pakej Yunnan, Pakej Japan Osaka Tokyo, Pakej Korea, Pakej Australia, Pakej New Zealand dan termasuk juga Pakej ke Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina.

Turki
Pakej Berkumpulan – Murah dan Meriah
Mesra Warga Emas
Pakej Private Mesra Warga Emas
Umrah dan Ziarah
Umrah dan Ziarah Dubai, Mesir, Turki atau Jordan