Kembara atau Umrah Persendirian (Private)

Pilihan Jenis Kembara -Kembara Persendirian (Private)

Persediaan Sebuah Kembara

Kembara Private selalunya kumpulan yang bersaiz kurang dari 10 orang dan ianya dikenali juga sebagai FIT atau ‘Free Independent Traveller’. Walaubagaimanapun bagi institusi korporat atau keluarga besar, mereka mungkin juga punyai peserta melebihi 10 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat pembelian tiket penerbangan secara FIT bagi kumpulan dibawah 10 dan bagi kumpulan diatas 10, tiket-tiket penerbangan akan dibeli secara GIT iaitu mereka akan membeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Kembara private memerlukan deposit yang lebih besar disebabkan, tiket-tiket perlu dibayar segera.

Kembara Private sesuai bagi mereka yang ingin melancong hanya bersama keluarga atau kawan-kawan sendiri sahaja. Kembara Private lebih fleksibel, dimana mereka boleh tentukan itinerari ikut kehendak mereka. Cuma masalah kembara private kumpulan FIT, selalunya kos akan jadi lebih mahal. Untuk kurangkan kos, syarikat Agensi Pelancongan mungkin tidak menghantar ‘Tour Leader’ untuk bersama kumpulan. Manakala Tour Guide di tempat lawatan selalunya adalah juga merupakan pemandu kenderaan yang digunakan semasa berlangsungnya kembara.