Pages2

Trip Kembara dan Umrah Private – Fleksibel dan Mesra Warga Emas

Pilihan Jenis Kembara -Kembara Persendirian (Private)

Melancong atau Umrah dengan Pakej Berkumpulan selalunya akan dapat harga yang terbaik dan kurang berisiko apabila anda hanya perlu membuat pilihan destinasi dan juga tarikh dari senarai tarikh-tarikh dan itinerari yang telah ditetapkan. Manakala melancong  atau umrah Private pula apabila anda inginkan pilihan anda sendiri iaitu anda ingin melancong hanya bersama keluarga atau rakan tersendiri. Anda juga selalunya dibenarkan untuk memilih itinerari dan tarikh yang diingini mengikut kesesuaian anda. Manakala melancong secara DIY ialah apabila anda yang menguruskan segala-galanya dari itinerari, tarikh, membeli tiket dan juga urusan ground di destinasi.

Persediaan Sebuah Kembara

Trip Private selalunya kumpulan yang bersaiz kurang dari 10 orang dan ianya dikenali juga sebagai FIT atau ‘Free Independent Traveller’. Walaubagaimanapun bagi institusi korporat atau keluarga besar, mereka mungkin juga punyai peserta melebihi 10 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat pembelian tiket penerbangan secara FIT bagi kumpulan dibawah 10 dan bagi kumpulan diatas 10, tiket-tiket penerbangan akan dibeli secara GIT iaitu mereka akan membeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Kembara private memerlukan deposit yang lebih besar disebabkan, tiket-tiket perlu dibayar segera.

Trip Private sesuai bagi mereka yang ingin melancong hanya bersama keluarga atau kawan-kawan sendiri sahaja. Melancong Private lebih fleksibel, dimana mereka boleh tentukan itinerari ikut kehendak mereka. Cuma masalah kembara private kumpulan FIT, selalunya kos akan jadi lebih mahal. Untuk kurangkan kos, syarikat Agensi Pelancongan mungkin tidak menghantar ‘Tour Leader’ untuk bersama kumpulan. Manakala Tour Guide di tempat lawatan selalunya adalah juga merupakan pemandu kenderaan yang digunakan semasa berlangsungnya kembara.

Pakej pelancongan Al-Ilmi Travel and Tours hari ini meliputi pelbagai wilayah di seluruh dunia demi memastikan pengembara Muslim mempunyai akses kepada rangkaian pilihan perjalanan yang komprehensif yang memenuhi keperluan agama dan budaya mereka. Kami berbangga dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan bagi memudahkan pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka.

Pakej Private Percutian dan Melancong  kami meliputi destinasi ke seluruh dunia seperti Pakej Turki, Pakej Eropah 6 Negara, Pakej Spain-Portugal-Morocco, Pakej Eropah Timur, Pakej Balkan, Pakej Morocco, Pakej Mesir, Pakej Kenya, Pakej Afrika Selatan, Pakej Iran, Pakej Dubai, Pakej India Delhi dan Agra, Pakej Kashmir, Pakej Uzbekistan, Pakej Kazakhstan, Pakej 3 stan, Pakej China Guang Zhou, Xian, Beijing, Pakej Yunnan, Pakej Japan Osaka Tokyo, Pakej Korea, Pakej Australia, Pakej New Zealand dan termasuk juga Pakej ke Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina.

Turki
Pakej Turki Berkumpulan
Mesra Warga Emas
Pakej Private Mesra Warga Emas
Umrah dan Ziarah
Umrah dan Ziarah Dubai, Mesir, Turki atau Jordan