Pages2

Trip Berkumpulan – Murah dan Meriah

Pilihan Jenis Kembara – Mengikut Kumpulan

Pilihan Destinasi Pakej Berkumpulan ada pada link dibawah.

EROPAH | AFRIKA | ASIA TENGGARA | ASIA TIMUR | ASIA TENGAH | ASIA SELATAN | TIMUR TENGAH | OCEANIA

Mencari pakej-pakej kembara berkumpulan, Murah dan Meriah !! klik di sini

Melancong atau Umrah dengan Pakej Berkumpulan selalunya akan dapat harga yang terbaik dan kurang berisiko apabila anda hanya perlu membuat pilihan destinasi dan juga tarikh dari senarai tarikh-tarikh dan itinerari yang telah ditetapkan. Manakala melancong  atau umrah Private pula apabila anda inginkan pilihan anda sendiri iaitu anda ingin melancong hanya bersama keluarga atau rakan tersendiri. Anda juga selalunya dibenarkan untuk memilih itinerari dan tarikh yang diingini mengikut kesesuaian anda. Manakala melancong secara DIY ialah apabila anda yang menguruskan segala-galanya dari itinerari, tarikh, membeli tiket dan juga urusan ground di destinasi.

Melancong berkumpulan merupakan trip berkumpulan yang bersaiz melebihi 20 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat perancangan dimana tiket-tiket penerbangan akan dibeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Dari situ syarikat Agensi pelancongan dapat merancang tarikh-tarikh berlepas yang diingini. Pelanggan pula, hanya perlu membayar deposit yang rendah semasa buat tempahan, manakala bayaran penuh diperlukan 45 hari sebelum tarikh berlepas. Kembara Mengikut Kumpulan selalunya diketuai oleh ‘Tour Leader’ yang dilantik oleh syarikat Agensi pelancongan.

Kembara Berkumpulan

Trip berkumpulan sesuai bagi mereka yang ingin mengawal bajet disebabkan dalam banyak perkara ianya telah dimasukan ke dalam itinerari. Bagi Kembara ‘Full Board’ ianya bermaksud, makanan disediakan 3 kali sehari, manakala ‘Half Board’, makanan disediakan 1 hingga 2 kali sehari. Selain itu pelanggan perlu keluarkan belanja sendiri.

Satu lagi, tiket masuk ke tempat-tempat yang memerlukan tiket, ada yang telah dimasukan bersama dengan kos pakej. Manakala ada yang tidak, jadi semestinya pelanggan perlu benar-benar meneliti itinerari yang diberikan.

Mencari pakej-pakej kembara Private, Lebih fleksibel !! klik di sini

Pakej pelancongan Al-Ilmi Travel and Tours hari ini meliputi pelbagai wilayah di seluruh dunia demi memastikan pengembara Muslim mempunyai akses kepada rangkaian pilihan perjalanan yang komprehensif yang memenuhi keperluan agama dan budaya mereka. Kami berbangga dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan bagi memudahkan pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka.

Pakej Percutian dan Pakej Melancong Trip Berkumpulan kami meliputi destinasi ke seluruh dunia seperti Pakej Turki, Pakej Eropah 6 Negara, Pakej Spain-Portugal-Morocco, Pakej Eropah Timur, Pakej Balkan, Pakej Morocco, Pakej Mesir, Pakej Kenya, Pakej Afrika Selatan, Pakej Iran, Pakej Dubai, Pakej India Delhi dan Agra, Pakej Kashmir, Pakej Uzbekistan, Pakej Kazakhstan, Pakej 3 stan, Pakej China Guang Zhou, Xian, Beijing, Pakej Yunnan, Pakej Japan Osaka Tokyo, Pakej Korea, Pakej Australia, Pakej New Zealand dan termasuk juga Pakej ke Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina.

Turki
Pakej Turki Berkumpulan
Mesra Warga Emas
Pakej Private Mesra Warga Emas
Umrah dan Ziarah
Umrah dan Ziarah Dubai, Mesir, Turki atau Jordan