Pakej Melancong dan Pakej Umrah – Trip Berkumpulan | Trip Private | Pembiayaan Mudah |
Al-Ilmi Travel and Tours Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2005 di Ampang Selangor, permulaannya sebagai sebuah syarikat yang mengkhusus dalam mengendalikan pakej umrah. Misi yang ditetapkan sejak awal, telah menyaksikan perkembangan yang ketara sejak dari awal penubuhan. Hari ini, Al- Ilmi merupakan sebuah syarikat peneraju pelancongan halal di Malaysia. Al- Ilmi juga telah berjaya menawarkan Pakej Pelancongan Muslim ke lebih 100 destinasi di seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tengah, Timur Tengah, Eropah dan Afrika. Perkembangan ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen kami untuk memenuhi keperluan impian perjalanan bagi setiap pelanggan kami.
Hari ini kami telahpun menjadi syarikat yang berdaftar bukan sahaja dengan MOTAC (Lesen No: 7443), kami juga telah berdaftar dengan IATA, MATTA, Bumitra dan juga PAPUH. Disamping mempunyai 15 buah rangkaian cawangan di seluruh negara, kami juga merupakan ahli utama kepada konsortium agensi-agensi pelancongan- Traveria.biz.

Pakej melancong Al- Ilmi termasuklah trip berkumpulan dan juga trip private telah pun meliputi pelbagai wilayah di seluruh dunia bagi memastikan pengembara Muslim dari Malaysia mempunyai akses kepada rangkaian pilihan perjalanan yang komprehensif yang memenuhi keperluan agama dan budaya. Al- Ilmi berbangga kerana dapat menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan dan kepuasan bagi mempermudahkan urusan pelanggan kami di sepanjang perjalanan mereka.
Antara Pakej Kami ialah : Korea Trip, Hokkaido and Sapporo, Sapa Vietnam, Sapporo and Hokkaido, Kunming Yunnan, Balkan, Turki, Mesir.





















